Jun 23, 2008

Malaysian Aviation Training Academy (MATA)

Read more! utusan online

KAMPUS

ARKIB : 10/05/2008
UTHM, 11 institusi terkemuka meterai MoU
BATU PAHAT 9 Mei - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan 11 institusi terkemuka tempatan yang terlibat dalam bidang kejuruteraan penerbangan, baru-baru ini.

Naib Canselornya, Datuk Profesor Dr. Ismail Bakar memberitahu, langkah itu sejajar dengan persediaan universiti bagi memperkenalkan program terbaru dalam Kejuruteraan Teknologi Aeronautik.

"Perjanjian itu bagi memperkenalkan satu program baru bagi menyokong aspirasi nasional dan memenuhi permintaan dalam dan luar negara yang semakin meningkat di bidang kejuruteraan aeronautik," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Perjanjian persefahaman tersebut ditandatangani oleh universiti itu pada satu majlis di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pada majlis itu, UTHM menandatangani MoU itu dengan syarikat Composite Technology Research Malaysia Sdn. Bhd., (CTRM), Malaysia Airline System (MAS), Department of Civil Aviation Malaysia (DCA), Malaysian Aviation Training Academy (MATA), Asia Pacific Flight Training (APFT), Dilog Training & Services Sdn. Bhd. (DTS) dan D'nest Aviation Services Sdn. Bhd. (D'nest).

Syarikat lain ialah HM Aerospace Sdn Bhd (HMA), Malaysian Flying Academy (MFA), Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MiGHT), Oxysky Aviation Services Sdn. Bhd. (OAS) dan wakil Universiti Negeri Yogyakarta, Indonesia.

Dr. Ismail berkata, sejajar dengan MoU itu, pihaknya merancang menawarkan beberapa program akademik dalam bidang kejuruteraan aeronautik.

Beliau berkata, keunikan program yang akan ditawarkan itu ialah kombinasi ijazah dan kemudahan mendapatkan latihan pelesenan profesional dalam bidang tertentu.

Katanya, pelaksanaan program itu merupakan hasil perkongsian bijak antara universiti dan industri mengikut konsep 'triple helix' yang memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

"Bidang kokurikulum pula yang telah direkabentuk bersama pihak industri, adalah merujuk kepada kehendak dan acuan bagi melahirkan graduan sedia-industri," katanya.

Beliau berkata, kerjasama yang sedia terjalin itu akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa dalam apa jua bidang.

"Ia meliputi akademik, penyelidikan dan penempatan latihan bagi pelajar dan kakitangan serta perkhidmatan tenaga pakar dalam bidang tertentu bagi memajukan industri dan ekonomi negara," jelasnya.

Jun 19, 2008

budak-budak MATA

Read more! the students consist of varius type:cina n melayu. smuanye baik-baik blke. maklumlah majority is from YAYASAN KELANTAN. so they could control them. pelbagai ragam bleh dlihat sini.